MENGAPA CHINA LEBIH KAYA BERBANDING MELAYU.
(Bidalan mengapa masyarakat china lebih kaya berbanding masyarakat melayu)
Suatu hari ada dua sekawan china dan melayu mereka berdua pergi buang hajat di tepi sungai, tengah asik melepas nampaklah oleh mereka berdua Takar tajau hanyut besar besar dan kecil,
Orang cina pun terjun langsung mengambil takar tajau yang besar besar itu.
Orang melayu pula dia istinjak dahulu sampai bersih baru pergi mengambil takar tajau tersebut tapi hanya dapat yang kecil sisa kawan chinanya.
Arti kata, Takar tajau=harta karun.
AMBILLAH KESIMPULAN DALAM CERITA INI bahwa China fokus mengejar dunia, melayu pula kejar akhirat sambil cari dunia.
Penulis: Hardiansyah Indragiri.29.11.2019
Jumat, 29 November 2019
Minggu, 13 Oktober 2019
MELAYU MANJA
WAHAI MELAYU MANJA.
Bangsa yang manja dengan kesenangan akan susah dengan persaingan akan kalah dalam perlagaan, akan menderita dipengakhiran
Bangsa yang manja dengan kesenangan akan akan lemah jiwanya, lesu etos kerjanya
Bangsa yang manja dengan kesenangan itu susah sedikit naik darahnya maka hilang bijaksana dan akal sehatnya
Bangsa yang manja dengan kesenangan akan tergadai negerinya dan terjual adatnya
Bangsa yang manja dengan kesenangan akan rusak zuriatnya
Bangsa yang manja dengan kesenangan akan melahirkan anak bangsa penghayal belaka
Bangsa yang manja dengan kesenangan akan menghilangkan penerus pembela bangsa
Karena bangsa ini dilahirkan dari keringat perjuagan nenek moyang dalam kurun masa yang lama, demi mendapatkan dan mempertahankannya mereka menongkah nyawa.
Bangkitlah anak Melayu.
Gambar Istana Sultan Agong negara Malaysia.
Hardiansyah Indragiri
Pku. 14 okt 2019.

HILANG BANGSA TAK BEREMAS
PEPATAH DI INDRAGIRI
Hilang bangsa tak beremas
Hilang rupa dek penyakit
Hilang bangsa tak beremas.
1. Maksudnya Bangsa melayu jika miskin akan hilang sebab nak menegakkan adat budaya bangsa ini merlukan biaya, nak bersunat cara melayu saja pun kena ada duit. Bila tak ada duit apa nak ditegakkan, tegakkan badan sendiripun susah.
2. Lumrah manusia memandang harta bila melayu miskin keturunan raja sekalipun kita bangsa lain takkan pandang melayu.
Maka melayu hendaklah kaya supaya bisa mengangkat marwah budaya bangsa dan diri.
Hilang rupa dek penyakit
Rupawan jelita bak orang kayangan pun bila asik sakit hilang seri, hilang segak, hilang canti kerana nya jaga kesihatan selalu.
Gambar: Replika Istana kesultanan Indragiri.
Oleh: Hardiansyah Indragiri

MELAYU KURANG AJAR
Melayu kurang ajar.
Jika sopan dan santun hanya sebagai alat untuk menguasai negeri kamu maka melayu perlu berkurang ajar.
Betapa banyak orang yang kurang ajar tapi memiliki harta dan tanah
Betapa banyak orang yang kurang ajar terjaga negeri dan adatnya
Betapi banyak orang yang kurang ajar ia digeruni
Betapa banyak orang kurang ajar jadi pahlawan bangsanya
Ayam beranak pun kurang ajar jika anak diusik
Semut didindingpun kurang ajar jika dipijak
Tebuan pun kurang ajar jika sarang dijolok
Kurang ajar adalah memberi ajar
Ajar pada yang kurang ajar.
Pekanbaru.12 okt 2019.
Hardiansyah Indragiri.

Selasa, 01 Oktober 2019
SEPAK RAGA (TAKRAW) PERMAINAN ASAL TANAH MELAYU.
SEPAK RAGA (TAKRAW) PERMAINAN ASAL TANAH MELAYU.
Sepak raga atau sepak takraw oleh orang sekarang adalah permainan asal tanah melayu yang mendunia. Dalam bahasa melayu raga mempunyai arti yang luas bisa sangkar, keranjang, dan badan, tergantung kalimat, adapun sepak raga dahulu adalah permainan yang menggunakan bola terbuat daripada rotan yang dianyam berbentuk bola, dan kaki pemain harus dilapis upih pinang supaya kulit kaki tidak luka semasa menyepak bola masa bermain sepak raga.
Pantun melayu tua asal Indragiri menyebut sepak raga.
Berladang tanjung pak tapuk
Petang petang menyepak raga
Hati siapa tidak kan rajuk
Emas digenggam jadi tembaga.
Kajian:
1. Tanjung pak tapuk berada di daerah sungai gangsal Indragiri sememangnya banyak perladangan padi.
2. Petang2 menyepak raga adalah olah raga permainan orang melayu dahulu.
3. Emas digenggam jadi tembaga bermakna kiasan tidak beruntung.
Hardiansyah rahman.

PANTUN SRI PAHLAWAN
Pantun Sri pahlawan
Gagah perkasa datok laksemana
Keris sebilah tersisip dipinggang
Pahlawan berani bijak laksana
Berundur langkah ia berpantang
Sauh dilabuh ke arah hilir
Kapal bermalam ditanjung tuan
Peluh bercucur darah mengalir
Kerana bangsa rela terkorban
Terbang helang ke atas angkasa
Tiba diawan menyongsong pergi
Terbilang negara ternama bangsa
Jasa pahlawan dijunjung tinggi
Pekanbaru riau 13 Nov 2018
Hardiansyah bin abdurahman.
Gagah perkasa datok laksemana
Keris sebilah tersisip dipinggang
Pahlawan berani bijak laksana
Berundur langkah ia berpantang
Sauh dilabuh ke arah hilir
Kapal bermalam ditanjung tuan
Peluh bercucur darah mengalir
Kerana bangsa rela terkorban
Terbang helang ke atas angkasa
Tiba diawan menyongsong pergi
Terbilang negara ternama bangsa
Jasa pahlawan dijunjung tinggi
Pekanbaru riau 13 Nov 2018
Hardiansyah bin abdurahman.
PANTUN PUSAKA MELAYU
Pantun pusaka warisan.
Kemana perginya siburung merbah
Terbang ke hutan mencari makan
Lautan sakti rantau bertuah
Tanah warisan zaman berzaman
Bakau di laut akarnya tinggi
Tebang sebatang buat titian
Walau bertangkup langit dan bumi
Adat pusaka dibuang jangan
Jika hendak melayur mengkuang
Hidupkan api ambil baranya
Jika hendak melayu terbilang
Hidup dan mati pusaka dijaga.
Hardiansyah bin abdul rahman
Pekanbaru riau rabu 7 Nov 2018.
Kemana perginya siburung merbah
Terbang ke hutan mencari makan
Lautan sakti rantau bertuah
Tanah warisan zaman berzaman
Bakau di laut akarnya tinggi
Tebang sebatang buat titian
Walau bertangkup langit dan bumi
Adat pusaka dibuang jangan
Jika hendak melayur mengkuang
Hidupkan api ambil baranya
Jika hendak melayu terbilang
Hidup dan mati pusaka dijaga.
Hardiansyah bin abdul rahman
Pekanbaru riau rabu 7 Nov 2018.
Langganan:
Postingan (Atom)