Minggu, 16 September 2018

Sultanku Payung Negeri

"SULTANKU PAYUNG NEGERI"

Lenguh kaki melangkah ke pelusuk negeri menjumpai saksi bisu semaraknya memiliki payung negeri

Lemas dalam pandangan anak negeri bercelomot tanah demi sesuap nasi, masa kecilnya untuk bermain habis dihukum kemiskinan, tak jauh dari gubuknya berdiri perusahaan gergasi tanpa peduli

Menitis airmata, surau buruk, jalan lapok, guru mengaji entah kemana merantaunya demi anak dan istri, agama hilang, bangsa tinggal kenangan, negeri tinggal sejengkal tangan cukup kelak untuk tanah mengkubur badan

Mana sultanku...mana sultanku...
Sultanku engkaulah payung negeri
Tempat kami bernaung diri dari panasnya kejahatan nafsu dunia yang ingin memah negeri, tanah dijarah, anak negeri ditakut takuti, budaya bangsa dihina dengan tiada segannya

Sultanku payung negeri
Paripada badai manusia durjana yang ingin menguasai pertiwi, tiada hormat dengan tuan negeri, datang dengan sombongnya bersorong dada, berhulu dikampong penghulu, beraja di negeri raja

Sultanku suluh negeri
Daripada kegelapan kebodohan, memberi cahaya penerangan di minda dan hati sehingga bisa membedakan benar dan salah, halal haram, Islam dan syirik.

Sultanku taming negeri
Pelindung dari hasrat serakah manusia yang ingin membunuh bangsa, biar melayu pecah dan berpisah serta bertelingkah sesamanya, mereka tertawa dalam tangisan kita

Sultanku payung negeri
Dengan daulatnya kami ada negeri
Dengan karismanya kami dihargai
Dengan bijaknya kami disanjungi
Dengan kegagahannya kami segani
Dengan tuahnya kami terbela
Dengan kasihnya kami sejahtera.

Sultanku payung negeri
Ialah benteng agama, tempat berpaut diri
mengadu gundah, menyapu airmata
Pengubat luka, penawar sengsara

Sultanku payung negeri
Di bawah naunganya kami merasai teduh
Segar badan menghirup bayunya beragama dan berbangsa

Tapi tanpa Sultanku...
Kami yatim piatu kemana hendak mengadu,
Nahoda tiada bintang, buih atas lautan, baling baling diatas bukit, cemas gulana jiwa hampa agama terlalai, pusaka terabai, bangsa terbengkalai, rakyat berkecai, kemiskinan membawa padah dunia dan akhirat

Arus zaman begitu deras, kami yang kerdil tiada daya untuk membendung, kerana tempat berpaut tiada. Sultanku kami merinduimu.

Dari: Hardiansyah bin abdurrahman
Untuk: Tengku mahkota Indragiri Tengku M A Mahara.
Dibuat: Selasa, Pekanbaru 21 Ogos 2018.

3 Perkara wajib ada dalam negeri Melayu

Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang dalam sebuah negeri Ialah:

1. AGAMA ISLAM
Islam adalah dasar amalan hidup kita untuk akhirat, tanpa agama Islam kita umpama badan tanpa kepala.

2. SULTAN
Sultan adalah payung dan suluh rakyat dalam menjalani kehidupan. Segala kesusah payahan, serangan, kebodohan dll Sultanlah tempat mengadu. Tanpa Sultan kita bagai kapal tanpa kemudi.

3. BUDAYA
Budaya adalah Indentitas dan ciri khas kita sebagai bangsa yang mempunyai negeri tanah tumpah darah. Tanpa budaya kita umpama badan tanpa pakaian.

Istana Indragiri menunggu Sultannya.

-Hardiansyah bin abdul rahman-

Pendekar Lemah pangian Indragiri

-PENDEKAR LEMAH PANGIAN INDRAGIRI VS RAJA BERKOKOK DAIK-

Zaman dahulu orang berdagang dan bepergian mengunakan lancang/perahu layar sebagai kenderaan sebab dahulu lalu lintas negeri ke negeri melalui sungai atau laut.

Adalah seorang Pendekar dari pangian badan sudah lemah sebab umur yang sudah tua sebab itu ia digelar pendekar lemah di negerinya.

Pendekar lemah seorang peniaga, bertolak dari pangian sungai indragiri ke arah hilir rengat, sungai salak, pulau palas, mumpa, kapal pecah, tembilahan, sapat, perigi raja, terus menuju pulau pulau diselat melaka untuk berniaga.

Pada suatu hari sampailah perahu dagang pendekar lemah di negeri daik pada waktu malam. Berlabuhlah perahu pendekar lemah di pelabuhan daik, menjelang pagi untuk berniaga, pendeka lemah melempar pancing lalu rehat tidur.

Ketika pagi telah terbit pendekar lemah terbangun oleh suara ayam jantan berkokok...uuk uuuk...pendekar lemah pun menjawab kokok ayam tersebut dengan maksud berseloka...uuk uuuk...

Tak lama datanglah beberapa hulubalang raja daik ke perahu pendekar lemah lalu bertanya

Hulu balang: Tuankah yang menyahut kokok  pagi tadi?
Pendekar lemah: Ia ada apa gerangan datok?
Hulu balang: Kalau begitu tuan wajib menghadap raja ke balai penghadapan, ini perintah raja.
Pendekar lemah: Baik datok.

Diperjalanan menuju balai pengahadapan hati pendekar lemah rasa gundah tak terkata, "apakah yang akan berlaku kepada saya"dalam hati pendekar lemah berkata...

Sampainya dibalai penghadapan pendekar lemah dijamu santap oleh raja dengan makanan yang sedap dan buahan serta minuman yang cukup. Setelah makan perut kenyang lalu PL di bawa ke gelanggang dan soal raja pun tiba.

Raja: Siapakah nama engkau?
PL: Leman Tuanku
Raja: darimana hendak kemana?
PL: Hamba dari pangian indragiri tuanku, datang kesini nak berniaga.
Raja: Oohhh, betulkah engkau yang menjawab kokok pagi tadi
PL: Ia tuanku
Raja: Peraturan dinegeri beta siapa sahaja yang menjawab kokok beta bermakna ia berani   bertarung kepada beta.
PL: Maaf tuanku ampun beribu ribu ampun, hamba tak tahu kalau yang berkokok itu adalah tuanku. Ampun tuanku
Raja: Tiada maaf yang ada adalah pertarungan hidup atau mati.
PL: Ampun tuanku jangan sampai hamba bertarung denga tuanku, hamba tua dan lemah tak mungkin melawan tuanku, bagaimana kalau perahu dan semua harta perniagaan saya tuanku ambil sebagai ganti.
Raja: aku kaya aku tak perlu harta.

Dengan secepat kilat tangan raja daik mukul PL, PL dangan mudah mengelakkan, berpuluh pukulan mengarah ke PL tidak satu pun mengenai PL, dangan hati yang geram raja daik mencabu pedang dan menetak sekuat dan sebanyak banyaknya kepada PL tapi tak juga PL kena. Sampailah raja daik kepenatan dan mengaku kalah kepada PL.

PL akhirnya oleh raja disaudarakan kepada semua masyarakat daik dan sebagai hadiah separuh wilayah daik ke hulu adalah milik Pangian.
Cerita Rakyat: Pengian Indragiri.
Penulis: Hardiansyah bin abdul rahman.
Kamis 13 september 2018