SEPAK RAGA (TAKRAW) PERMAINAN ASAL TANAH MELAYU.
Sepak raga atau sepak takraw oleh orang sekarang adalah permainan asal tanah melayu yang mendunia. Dalam bahasa melayu raga mempunyai arti yang luas bisa sangkar, keranjang, dan badan, tergantung kalimat, adapun sepak raga dahulu adalah permainan yang menggunakan bola terbuat daripada rotan yang dianyam berbentuk bola, dan kaki pemain harus dilapis upih pinang supaya kulit kaki tidak luka semasa menyepak bola masa bermain sepak raga.
Pantun melayu tua asal Indragiri menyebut sepak raga.
Berladang tanjung pak tapuk
Petang petang menyepak raga
Hati siapa tidak kan rajuk
Emas digenggam jadi tembaga.
Kajian:
1. Tanjung pak tapuk berada di daerah sungai gangsal Indragiri sememangnya banyak perladangan padi.
2. Petang2 menyepak raga adalah olah raga permainan orang melayu dahulu.
3. Emas digenggam jadi tembaga bermakna kiasan tidak beruntung.
Hardiansyah rahman.
Selasa, 01 Oktober 2019
PANTUN SRI PAHLAWAN
Pantun Sri pahlawan
Gagah perkasa datok laksemana
Keris sebilah tersisip dipinggang
Pahlawan berani bijak laksana
Berundur langkah ia berpantang
Sauh dilabuh ke arah hilir
Kapal bermalam ditanjung tuan
Peluh bercucur darah mengalir
Kerana bangsa rela terkorban
Terbang helang ke atas angkasa
Tiba diawan menyongsong pergi
Terbilang negara ternama bangsa
Jasa pahlawan dijunjung tinggi
Pekanbaru riau 13 Nov 2018
Hardiansyah bin abdurahman.
Gagah perkasa datok laksemana
Keris sebilah tersisip dipinggang
Pahlawan berani bijak laksana
Berundur langkah ia berpantang
Sauh dilabuh ke arah hilir
Kapal bermalam ditanjung tuan
Peluh bercucur darah mengalir
Kerana bangsa rela terkorban
Terbang helang ke atas angkasa
Tiba diawan menyongsong pergi
Terbilang negara ternama bangsa
Jasa pahlawan dijunjung tinggi
Pekanbaru riau 13 Nov 2018
Hardiansyah bin abdurahman.
PANTUN PUSAKA MELAYU
Pantun pusaka warisan.
Kemana perginya siburung merbah
Terbang ke hutan mencari makan
Lautan sakti rantau bertuah
Tanah warisan zaman berzaman
Bakau di laut akarnya tinggi
Tebang sebatang buat titian
Walau bertangkup langit dan bumi
Adat pusaka dibuang jangan
Jika hendak melayur mengkuang
Hidupkan api ambil baranya
Jika hendak melayu terbilang
Hidup dan mati pusaka dijaga.
Hardiansyah bin abdul rahman
Pekanbaru riau rabu 7 Nov 2018.
Kemana perginya siburung merbah
Terbang ke hutan mencari makan
Lautan sakti rantau bertuah
Tanah warisan zaman berzaman
Bakau di laut akarnya tinggi
Tebang sebatang buat titian
Walau bertangkup langit dan bumi
Adat pusaka dibuang jangan
Jika hendak melayur mengkuang
Hidupkan api ambil baranya
Jika hendak melayu terbilang
Hidup dan mati pusaka dijaga.
Hardiansyah bin abdul rahman
Pekanbaru riau rabu 7 Nov 2018.
PANTUN TUA DI INDRAGIRI, MELAYU, KELING, CHINA.
PANTUN TUA DI INDRAGIRI, MELAYU, KELING, CHINA.
Dua keling dua melayu
Berdua china cukup berenam
Tangkai kering bunga tak layu
Pandai nian adik menanam
Kajian.
1. Orang melayu adalah orang yang paling tinggi toleransinya sejak dahulu melayu china india sudah bisa hidup berdampingan. Tanah melayu yang kaya dan ramai menjadikan china dan india datang untuk berniaga.
2. Makaud pantun adalah seorang istri yang tidak disukai oleh mertua tapi istri tersebut tetap sayang mertua dan suaminya.
Pesanan:
Walaupun china india ramai ditanah melayu tapi mereka tak boleh jadi pemimpin kalau mereka jadi pemimpin nanti mereka akan membawa orang mereka menjadi pemimpin pula lama lama penuh pemimpin dari kalangan mereka kita orang melayu akan tersingkir satu hari nanti.
Dua keling dua melayu
Berdua china cukup berenam
Tangkai kering bunga tak layu
Pandai nian adik menanam
Kajian.
1. Orang melayu adalah orang yang paling tinggi toleransinya sejak dahulu melayu china india sudah bisa hidup berdampingan. Tanah melayu yang kaya dan ramai menjadikan china dan india datang untuk berniaga.
2. Makaud pantun adalah seorang istri yang tidak disukai oleh mertua tapi istri tersebut tetap sayang mertua dan suaminya.
Pesanan:
Walaupun china india ramai ditanah melayu tapi mereka tak boleh jadi pemimpin kalau mereka jadi pemimpin nanti mereka akan membawa orang mereka menjadi pemimpin pula lama lama penuh pemimpin dari kalangan mereka kita orang melayu akan tersingkir satu hari nanti.
PANTUN BUDI BAHASA
Pantun budi bahasa.
Intan disalut emas suasa
Dibuat cincin sedap dipandang
Harta dan rupa akan binasa
Budi bahasa diingat orang
Jangan dititi titian lapuk
Jalan lama masih terang
Jangan tuan berkelakuan buruk
Hina bangsa disebut orang
Hujan dirimba mengarung rembas
Pulang melintas ke selat nama
Kata dijaga akhlak dihias
Orangkan suka bangsa ternama.
-Hardiansyah bin aburahman-
Pekanbaru riau 14.12.2018
Intan disalut emas suasa
Dibuat cincin sedap dipandang
Harta dan rupa akan binasa
Budi bahasa diingat orang
Jangan dititi titian lapuk
Jalan lama masih terang
Jangan tuan berkelakuan buruk
Hina bangsa disebut orang
Hujan dirimba mengarung rembas
Pulang melintas ke selat nama
Kata dijaga akhlak dihias
Orangkan suka bangsa ternama.
-Hardiansyah bin aburahman-
Pekanbaru riau 14.12.2018
PAHLAWAN KUANTAN JUARA TEPIAN NAROSA KUANTAN 2019
PAHLAWAN KUANTAN CAHAYO KUANSING.
Meluncur jalur menggaris pantai
Meriak air mengeruh sungai
Haluan menari anak gemulai
Mata terjurus pengayuh sampai
1 2 3 mula dihitung
Darah berkecamuk di jantung
Urat berkecamul di nadi
Tulang berkecamuk di daging
Badan basah hati terbakar
Di dada sungai kuantan
Kayuh serentak
Pekik sesorak
Tenaga koyak
Jalur terjalajak
Otot dan hati sama sebijak
Di dada sungai kuantan nan bergejolak
Titik peluh menghujam pengayuh
Susah penat tidak mengeluh
Tidak dihirau panas dan teduh
Biar hilang asal terbilang
Pahlawan kuantan surut berpantang
Menyongsong arus
Menentang ombak
Membelah air
Menongkah jalur
Menuju batas puncak penamat
Deru bak lebah laju bak kilat
Semangat waja penuh membulat
Pahlawan kuantan cahayo kuansing nan keramat.
Untuk : Pahlawan kuantan cahayo kuansing juara 1 agustus 2019.
Penulis puisi: Hardiansyah bin abdurahman
PKU. 29 juli 2019.
Meluncur jalur menggaris pantai
Meriak air mengeruh sungai
Haluan menari anak gemulai
Mata terjurus pengayuh sampai
1 2 3 mula dihitung
Darah berkecamuk di jantung
Urat berkecamul di nadi
Tulang berkecamuk di daging
Badan basah hati terbakar
Di dada sungai kuantan
Kayuh serentak
Pekik sesorak
Tenaga koyak
Jalur terjalajak
Otot dan hati sama sebijak
Di dada sungai kuantan nan bergejolak
Titik peluh menghujam pengayuh
Susah penat tidak mengeluh
Tidak dihirau panas dan teduh
Biar hilang asal terbilang
Pahlawan kuantan surut berpantang
Menyongsong arus
Menentang ombak
Membelah air
Menongkah jalur
Menuju batas puncak penamat
Deru bak lebah laju bak kilat
Semangat waja penuh membulat
Pahlawan kuantan cahayo kuansing nan keramat.
Untuk : Pahlawan kuantan cahayo kuansing juara 1 agustus 2019.
Penulis puisi: Hardiansyah bin abdurahman
PKU. 29 juli 2019.
Selasa, 24 September 2019
Langganan:
Postingan (Atom)





