Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang dalam sebuah negeri Ialah:
1. AGAMA ISLAM
Islam adalah dasar amalan hidup kita untuk akhirat, tanpa agama Islam kita umpama badan tanpa kepala.
2. SULTAN
Sultan adalah payung dan suluh rakyat dalam menjalani kehidupan. Segala kesusah payahan, serangan, kebodohan dll Sultanlah tempat mengadu. Tanpa Sultan kita bagai kapal tanpa kemudi.
3. BUDAYA
Budaya adalah Indentitas dan ciri khas kita sebagai bangsa yang mempunyai negeri tanah tumpah darah. Tanpa budaya kita umpama badan tanpa pakaian.
Istana Indragiri menunggu Sultannya.
-Hardiansyah bin abdul rahman-
Minggu, 16 September 2018
Pendekar Lemah pangian Indragiri
-PENDEKAR LEMAH PANGIAN INDRAGIRI VS RAJA BERKOKOK DAIK-
Zaman dahulu orang berdagang dan bepergian mengunakan lancang/perahu layar sebagai kenderaan sebab dahulu lalu lintas negeri ke negeri melalui sungai atau laut.
Adalah seorang Pendekar dari pangian badan sudah lemah sebab umur yang sudah tua sebab itu ia digelar pendekar lemah di negerinya.
Pendekar lemah seorang peniaga, bertolak dari pangian sungai indragiri ke arah hilir rengat, sungai salak, pulau palas, mumpa, kapal pecah, tembilahan, sapat, perigi raja, terus menuju pulau pulau diselat melaka untuk berniaga.
Pada suatu hari sampailah perahu dagang pendekar lemah di negeri daik pada waktu malam. Berlabuhlah perahu pendekar lemah di pelabuhan daik, menjelang pagi untuk berniaga, pendeka lemah melempar pancing lalu rehat tidur.
Ketika pagi telah terbit pendekar lemah terbangun oleh suara ayam jantan berkokok...uuk uuuk...pendekar lemah pun menjawab kokok ayam tersebut dengan maksud berseloka...uuk uuuk...
Tak lama datanglah beberapa hulubalang raja daik ke perahu pendekar lemah lalu bertanya
Hulu balang: Tuankah yang menyahut kokok pagi tadi?
Pendekar lemah: Ia ada apa gerangan datok?
Hulu balang: Kalau begitu tuan wajib menghadap raja ke balai penghadapan, ini perintah raja.
Pendekar lemah: Baik datok.
Diperjalanan menuju balai pengahadapan hati pendekar lemah rasa gundah tak terkata, "apakah yang akan berlaku kepada saya"dalam hati pendekar lemah berkata...
Sampainya dibalai penghadapan pendekar lemah dijamu santap oleh raja dengan makanan yang sedap dan buahan serta minuman yang cukup. Setelah makan perut kenyang lalu PL di bawa ke gelanggang dan soal raja pun tiba.
Raja: Siapakah nama engkau?
PL: Leman Tuanku
Raja: darimana hendak kemana?
PL: Hamba dari pangian indragiri tuanku, datang kesini nak berniaga.
Raja: Oohhh, betulkah engkau yang menjawab kokok pagi tadi
PL: Ia tuanku
Raja: Peraturan dinegeri beta siapa sahaja yang menjawab kokok beta bermakna ia berani bertarung kepada beta.
PL: Maaf tuanku ampun beribu ribu ampun, hamba tak tahu kalau yang berkokok itu adalah tuanku. Ampun tuanku
Raja: Tiada maaf yang ada adalah pertarungan hidup atau mati.
PL: Ampun tuanku jangan sampai hamba bertarung denga tuanku, hamba tua dan lemah tak mungkin melawan tuanku, bagaimana kalau perahu dan semua harta perniagaan saya tuanku ambil sebagai ganti.
Raja: aku kaya aku tak perlu harta.
Dengan secepat kilat tangan raja daik mukul PL, PL dangan mudah mengelakkan, berpuluh pukulan mengarah ke PL tidak satu pun mengenai PL, dangan hati yang geram raja daik mencabu pedang dan menetak sekuat dan sebanyak banyaknya kepada PL tapi tak juga PL kena. Sampailah raja daik kepenatan dan mengaku kalah kepada PL.
PL akhirnya oleh raja disaudarakan kepada semua masyarakat daik dan sebagai hadiah separuh wilayah daik ke hulu adalah milik Pangian.
Cerita Rakyat: Pengian Indragiri.
Penulis: Hardiansyah bin abdul rahman.
Kamis 13 september 2018

Selasa, 14 Agustus 2018
Kemana hilangnya semangat Melayu
"Kemana hilangnya semangat Melayu"
Woi Melayu!
Woi pendekar!
Woi darah panglima!
Kemana perginya bahang membara jiwa pahlawan
Menjaga negeri dari musuh dan lawan
Kau bisu
Kau lena
Kau leka
Perahu mu nak karam
Di arus gelombang zaman
Bangun!
Bangun!
Bangun!
Bangun sudah teraba
Senjata lupa letaknya
Pakaian belum sedia
Pendekar hilang tamengnya
Air sudah separuh kapal
Pusaka sudah hilang tenggelam
Kau tetunduk kesal
Salah diri pusaka tak digenggam
Ada yang pasrah
Ada yang berdoa
Takkan menolong tanpa useha
Batu jatuh kelubuk
Bagun!!!!!!
Berpimpin tangan
Bersatu
Timba!!timba!! Kapal kau belum karam
Anak cucumu menanti pulang.
Hardiansyah bin abdurrahman
Pekanbaru.2.8.2018.

Minggu, 05 Agustus 2018
Rajuk ke malaya
"Rajuk ke malaya"
Mandi dan minum disungai Indragiri air mengalir ke selat Melaka
Hasrat terbawa arus, berenang, menyelam ke malaya, dada sesak, nafas tersengah dalam amukan kecewa
Tampil badan yang basah bergumal tanah dan airmuka samar terlihat, kering terbawa panas matahari
Kau bukan helang, paruh kecil cukup untuk minum seorang, degil sungguh akan berpadah malang
Tapi bendangku siapa menjaga, tanah pusaka diserang, surau lapok, pucuk kelapa melambai pulang, budaya bangsa tersampang di jerambah usang.
Hati benci tapi sayang, suara dengung layang diangkasa memberi harapan, dalam negeri yang kontang, kaulah wira negeri junjungan.
Karya: Hardiansyah bin abdurrahan.
Pekanbaru 18.7.2018

Hendak mengamuk tiada berkeris
"Hendak mengamuk tiada berkeris"
Dentum meriam menggegar bumi
Gaung menggema keserata negeri
Berdiri bangsa yang dikagumi
Laksana permata yang dicemburui
Bukan dengan senyuman diteguhkan
Dari airmata dan darah jadi taruhan
Berabad hujan panas dipayungkan
Suka dan duka sayang sayangkan
Tergoda janji bahgia semangat merdeka
Terdulu sorak negeri tergadai
Tahta diserah genggaman hampa
Patah sayap helang dilembah
Bertongkat paruh kebuluran menerpa
Kuku tidak lagi setajam baja
Menunggu maut dikala senja
Rabun dimamah usia
Bangsaku hilang arah dan tuju
Tiada dahan tempat berpaut
Disekeliling mata menuju
Berselera lezat ingin memangku
Nafsu jahat mencabik negeri
Aku marah...
Aku keciwa...
Pandang depan dan belakang
Pandang kiri dan kanan
Amarah membahang jua
Bertikam hati sendiri
Hendak mengamuk tiada berkeris
Kuasa hilang lidah tak masin
Tiada yang gerun
Senye pasir digurun
Di lautan sakti rantau bertuah
Amukan hampa pendekar hilang pandangan
Antara musuh dan kawan
Manusia dan binatang
Putih dan hitam
Halal dan haram samar menyamar
Keris sudah tiada dijunjungan
kiranya airmata tercurah dikala gelita
Menunggu cahaya di bendang pagi.
(Hardiansyah bin abdurrahman)
Pekanbaru 4.8.2018.
Dentum meriam menggegar bumi
Gaung menggema keserata negeri
Berdiri bangsa yang dikagumi
Laksana permata yang dicemburui
Bukan dengan senyuman diteguhkan
Dari airmata dan darah jadi taruhan
Berabad hujan panas dipayungkan
Suka dan duka sayang sayangkan
Tergoda janji bahgia semangat merdeka
Terdulu sorak negeri tergadai
Tahta diserah genggaman hampa
Patah sayap helang dilembah
Bertongkat paruh kebuluran menerpa
Kuku tidak lagi setajam baja
Menunggu maut dikala senja
Rabun dimamah usia
Bangsaku hilang arah dan tuju
Tiada dahan tempat berpaut
Disekeliling mata menuju
Berselera lezat ingin memangku
Nafsu jahat mencabik negeri
Aku marah...
Aku keciwa...
Pandang depan dan belakang
Pandang kiri dan kanan
Amarah membahang jua
Bertikam hati sendiri
Hendak mengamuk tiada berkeris
Kuasa hilang lidah tak masin
Tiada yang gerun
Senye pasir digurun
Di lautan sakti rantau bertuah
Amukan hampa pendekar hilang pandangan
Antara musuh dan kawan
Manusia dan binatang
Putih dan hitam
Halal dan haram samar menyamar
Keris sudah tiada dijunjungan
kiranya airmata tercurah dikala gelita
Menunggu cahaya di bendang pagi.
(Hardiansyah bin abdurrahman)
Pekanbaru 4.8.2018.
Kamis, 09 Maret 2017
Baju Melayu rahasia keindahan diri❤
assalamulaikum kawan semua.
Hari ini saya nak cerita perkara luar bisa ialah rahasia ketampanan dan kejelitaan. baca baik-baik.
BAJU MELAYU.
Diantara kebesaran bangsa Melayu itu ialah adanya baju melayu. baju melayu sudah ada sejak kerajaan melaka awal, pakaianya longgar dan menutup aurat, yang lelaki memakai kain sampin biasa terbuat dari songket dan wanita baju agak panjang sampai kelutut, yang saya heran dan tak habis pikir adalah bagaimanakah bangsa kita dahulu boleh mencipta karya seni pakaian seindah ini...Masyaallah pandainya mereka.

Banyak hati wanita luluh apabila melihat lelaki mamakai baju melayu walau dimulut mereka nampak diam. Lelaki pula hatinya menjadi cair bak gula-gula apabila melihat wanita memakai baju melayu bagaimana tidak mungkin karena baju melayu apabila dikenakan oleh lelaki akan terlihat gagah, kacak, tampan, kemas, bertanggungjawab, dewasa dan berwibawa, sedangkan wanita pula terlihat cantik, teduh, bersahaja dan keibuan serta sopan. Yang paling mengagumkan baju melayu boleh membuat orang jatuh cinta memandangnya, tak caye ce terai...dan jangan lupa sertai budi pekerti yang baik, yang lelaki pula jangan lupa rambut mesti kemas tak boleh panjang.

Baju melayu boleh dikenakan tatkala kenduri, sembayang, kuliah, ke pekan, beraya, nikah, ziarah, takziah, sampai keliling duniapun boleh..haha
Sedikit syair baju melayu.
Baju melayu itu memang menawan
apalagi dipakai dihari lebaran
orang memandangnya akan tertawan
bertambah seri dengan senyuman
Baju melayu sopan bentuknya
ramai bangsa mencemburuinya
melayu hebat dengan agamanya
warwah dijaga dimana berada
sekarang dah taukan, dah tu mari kita jaga budaya kita ini dan kita galakkan memakainya...:-)

PUISI ORANG MELAYU
Adakah salah jika kita mencintai bangsa dan tanah air kita?
Jawabnya tidak salah, salahnya apabila kita mencintai bangsa dan tanah air kita lalu menghina bangsa lain.
MELAYU.
Malayu itu Islam agamanya
Budi bahasanya tidak terkira
Toleransinya tak memandang bangsa
Orang datang tikar dibentang, nasi di hidang
Dinegerinya mari bersama mencari makan.
Malayu itu hebat dan halus seninya
Pakainya labuh sangatlah sopan
Songket dan ukirannya mendunia
Bijak bermain kata bak pujangga
Musik dan menari serta silat jangan dikata
Melayu itu bijak dan penyabar orangnya
Rela undur untuk manjaga perasaan orang
Tak pandai tunjuk diri dan riak
Kalau kerja tak nampak keringat
Kalau makan pula ter peluh-peluh
Melayu itu kepada anak terlalu sayang
Apa dipinta apa datang
Walau habis sawah sebidang
Walau tergadai keris di pinggang
Melayu itu riuh rendah orangnya
Kalau bercerita tak tau masa
Glamor hingga membazir serta
Hingga kadang lupa agama
Melayu hari ini banyak tak peduli bangsanya
Sejarah asal bangsapun telah dilupa
Bayak tak punya ilmu di dada
Hingga tak cinta negeri hanya mencari harta
Melayu hari ini di cerca orang
Di negeri sendiri macam menumpang
Banyak lari lintang-pukang
Hanya tinggal di balang-belakang
Akhirnya negeri dan adat diambil orang
Melayu sadarlah mari kita kembali berjuang
Demi agama negeri dan generasi mendatang.

Langganan:
Postingan (Atom)