ADAB MERANTAU.
Banyaknya perkelahian antar suku dan kepanatikan sebab tidak tahunya ADAB MERANTAU ke negeri orang. Pernah berperang aceh Vs jawa, batak Vs flores, melayu dayak Vs madura, baru baru ini dipapua minang, bugis, batak diserang oleh papua, bahkan di negara orang malaysia ramai orang indonesia dipenjara asbab merompak, membawa lari nak gadis orang dan berkelahi asbab tak pandai bersahabat.
ADAB MERANTAU, baca baik baik tau.
1. Bersopan lah masuk ke negeri orang kenalkan diri bak kata pepatah datang nampak muka pergi nampak belakang.
2. Ringanlah tangan membantu orang tempatan taburlah jasa kalu perlu kau jadi pahlawan di negeri itu.
3. Ini penting. BERBAHASALAH bahasa tempatan jangan berbahasa bahasa sendiri maka orang tempatan beranggap kita adalah bahagian daripada mereka dan menghargai mereka. Jika kau berbahasa kampong kau di negeri orang maka kau sudah menampakkan keasingan diri kamu sendiri terhadap orang tempatan orang tempatan bukan malah suka malah BENCI.
Pepatah pun berkata masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang ayam berkokok, jangan masuk kandang harimau kau berkokok pulak kene makan harimaulah kau.
4. Mengalah dengan orang tempatan jangan lagak orang memimpin dan menunjukkan dada. bak kata pepatah mandi ke hilir hilir bicara merendah rendah.
5. Ikut dalam kegiatan sosial macam ikut pergi kenduri, bergotong royong, berolah raga, lepak lepak pun boleh bayarkan kopi orang kan elok.
6. Jangan tunjuk diri kau hebat kau siapa sebab itu tak perlu kerana orang akan tahu jua, orang akan menilai.
7. Akrabkan diri pergi ke masjid dan surau kerana disana ada ketenangan dan sahabat sahabat yang baik.
8. Ikuti adat Istiadat tempatan selagi tak bertentangan dengan agama, bahasa, pakaian, peraturan dll.
9. Pegang satu pepatah melayu " Dimana bumi dipijak disanan langit dijunjung.
10. Kau tambahlah sendiri letih jari aku dah.
Maka Insyaallah keberadaaanmu disenangi, pemergianmu ditangisi.
NOTA.
MERANTAU JANGAN HANYA PIKIR CARI DUIT CARI KAYA TAPI PIKIRLAH KAU NAK CARI ILMU, PENGALAMAN DAN SAUDARA.
